Laptop ACER ASPIRE 5550 centrino duo ni kakak aku punya(yang ni kakak Ngah).Sebelum ni aku pernah baiki Laptop kakak aku yang sulung baikpulih Acer Travelmate 4150.
Dia minta tolong aku repair balik laptop ni sebab dah rosak, dimain oleh anak-anak dia(anak sedara aku).Nak buat macamana, budak-budak memang suka main dengan laptop (sama juga dengan anak aku).
Laptop ACER ASPIRE 5550 ni beli tahun 2005, sudah berusia 7 tahun tapi masih terus hidup tanpa sebarang masalah kerosakkan yang teruk misalnya membabitkan motherboard atau LCD (laptop ni aku juga yang tolong belikan pada tahun 2005 untuk kak ngah aku).
Cuba korang bandingkan kualiti Laptop pada masa sekarang berbanding Laptop keluaran 2005 kebawah.
Kebanyakkan Laptop keluaran sekarang mudah rosak bila pakai tak sampai 2 tahun.Kenapa perkara ini terjadi?.
KEROSAKKAN
Antara kerosakkan laptop ialah:
- Breket pemegang Hinges(Engsel)LCD laptop Kiri patah.
- Cover Lid housing LCD Laptop kiri dan kanan (sepasang) telah patah dan pecah.
- Wifi antenna kabel(wayar) putus.
- 1 key keyboard Laptop hilang kerana dicungkil.
- Button suis Mousepad kiri dan kanan patah dah susah untuk berfungsi.
- Adapter charger original intermitent bekalkan power pada Laptop(kena lipat kabel charger baru-ok)
- Suis ON/OFF power button hilang kerana dicungkil.
PEMBAIKKAN
Pembaikkan dijalankan dari Laptop sparepart 3620 (laptop rosak motherboard dan tiada LCD) yang aku beli (harga boleh tahanla untuk repair laptop lama ni TAPI AGAK BERBALOI DARI BELI PART BY PART yang dijual dikedai atau penjual di internet).
Sebenarnya Laptop Acer Aspire 3620 yang dijadikan sparepart ni hanya sama pada Lid Cover LCD panel, hinges , LCD dan mousepad sahaja.Parts yang lain tak sama.
Jadi cover panel Acer 3620 ni aku hanya pindahkan ganti cover Acer 5550 yang rosak ,berserta sekali dengan Lcd Acer 5550 .Aku beli laptop spareparts ni takda LCD original Acer 3620 (owner lama dah ambil ganti pada Laptop lain yang pecah).
Sebelum ni aku pernah baiki Acer Aspire 3620 juga pecah cover Lid LCD panel.
Buat Suis Button Baru.
Suis ON/OFF power button asal Acer 5550 ni telah hilang kerana dicungkil, dan bila dihantar ke kedai baiki komputer, tukang baiki pegi potong cover power button tu untuk senang capai suis power pada motherboard.
Bila dah buat macamtu, memang la senang nak capai suis power, tapi dah burukkan rupa laptop (dah jadi cacat dan rosak).
Cover Power Suis Acer 3620 memang sama, tapi button tak sama, jadi aku pindahkan button Acer 5550 asal pada cover Acer 3620 serta buat suis power button baru mengunakan gum epoxy.
Ganti Suis Button Mouse Pad Yang Rosak
Mousepad Acer 5550 ni juga rosak dan suis button kiri tak berfungsi, jadi aku pindahkan mousepad button serta suis dari Acer 3620 ke Acer 5550.
SEBELUM & SELEPAS LAPTOP DIBAIKPULIH
0 komentar:
Posting Komentar