Jumat, 21 Oktober 2016






Graf-graf ini aku dapat dari poll di US website untuk laptop dikilang(dibuat) pada tahun 2007 hingga 2010.Mungkin antara pembaca blog aku dah tahu.Tapi mungkin ada yang belum tahu tentang graph ini.Poll ni dilakukan dengan jumlah laptop yang sama.jadi tiada masalah Brand mana banyak yang digunakan.
Jika korang lihat pada graf-graf diatas Asus lebih tahan dari Apple, Sony and Dell. Kita selalu mendengar yang laptop Apple, Sony dan Dell adalah yang paling terbaik dan berjenama untuk laptop. Tapi pada poll yang dibuat,menunjukkan sebaliknya.


Jika korang ingin membeli Laptop dengan budget antara Rm2.5k, dan tidak ingin laptop korang bermasalah, korang patut pilih Laptop Asus atau Toshiba. Tidak jika korang terlalu menyukai Apple OS.


Cuba lihat graf-graf diatas. Rating kerosakkan antara Toshiba laptop adalah 15.7% dan beza dengan Asus laptop hanya 0.01%. Kestabilan antara kedua-dua Laptop hampir sama. Tapi Asus laptop agak mahal sikit dari Toshiba. Jika korang hanya ada cari budget, pilih Toshiba.


Aku agak suka Acer. Walaupun % kerosakkan sehingga 23.3% (selepas Gateway) tapi spareparts Acer senang untuk didapati.Dell juga aku suka walaupun % kerosakkan 18.5% tapi mereka bagi waranty 1 tahun repair kerumah pelanggan.(Service Center agak bagus).
Yang paling teruk adalah HP-Compaq.Dulu tahun 90- awal 2000 kualiti produk mereka agak bagus dan bertahan bertahun-tahun tapi start akhir 2005 laptop mereka ada masalah kualiti (LCD, OVERHEATING dll).

BEZA ANTARA LAPTOP GUNA CPU INTEL DAN AMD
intel: kelebihan:
  • Cepat/Laju
  • Penjimatan kuasa (bateri) terasa bila pakai Laptop/notebook
  • Stabil
  • Vga/gpu terus dari (i3/i5/i7)
  • Suhu tidak terlalu panas idle hanya antara 30C - 40C
intel: kekurangan :
  • Mahal/untuk i7/i5
  • Untuk pekerjaan bagi fungsi grafic/3d/games agak kurang/legging
  • Untuk overclock agak mustahil


AMD: kelebihan:
  • Kelajuaan kuasa tinggi untuk harga berbanding sama harga dengan intel
  • Untuk kerja-kerja grafik bagus
    Murah
  • Core/64bit lebih banyak
AMD: kekurangan:
  • Panas
  • Kurang stabil
  • Penggunaan kuasa tinggi (pada load penuh 2X lebih daripada intel)
  • Suhu CPU lebih Panas 51C - 70C
    Kena ada Laptop cooler
BEZA ANTARA LAPTOP GUNA GPU(VIDEO DISPLAY) INTEL DAN AMD-ATI/NVIDIA

Amd-ATI/Nvidia: kelebihan
  • Permainan melibatkan 3D games bagus
  • Kerja-kerja melibatkan 3D design dan grafik bagus
Amd-ATI/Nvidia: kelemahan/keburukkan
  • Panas (ini akan menyebabkan chip display cepat rosak)
  • Perlu kipas tersendiri untuk chip display(selalunya laptop budget hanya ada satu kipas share dengan CPU)
  • Air ventalition mesti bagus jika tidak laptop akan mengalami overheating
Intel GPU:kelebihan
  • Tidak terlalu panas
  • Kipas heatsink share dengan Cpu tidak menjadi masalah
Intel GPU:kelemahan
  • Slow bagi games atau kerja-kerja 3D/grahik


Gamers Laptop
Jika korang kaki gamers tapi budget dalam 2k-3k jangan beli laptop tapi PC dan jika hendak beli juga jangan harap Laptop korang dapat bertahan lebih pada 2 tahun (walaupun manufucture mengatakan laptop budget mereka boleh memenuhi keperluan korang)(gamers) tapi kalau bertahan ok la.
Laptop-laptop ini pakai AMD ATI atau Nvidia GPU ni kebanyakkanya Tempreture Chip GPU ini sahaja antara 60C-80C.Ini tak bagus untuk laptop (kerana kedudukan motherboard dalam housing laptop sempit dan jika ada yang kata normal itu adalah suhu untuk PC) dan kalau rosak memang kos untuk repair tinggi (tukar chip atau tukar motherboard dalam rm500-rm800) .Kenapa aku cakap begitu, sebab untuk laptop gamers perlu ada sekurang-kurangnya 2 kipas ventilation atau lebih(lagi bagus) untuk menyejukkan CPU dan GPU Laptop tersebut.Kalau Laptop tersebut hanya ada 1 kipas untuk sistem board sahaja kemungkinan untuk chipset overheating adalah tinggi.Masalah yang selalu akan terjadi pada laptop yang menggunakan Nvidia atau ATI adalah Blank/Black screen.Brand tak melambangkan laptop tu bagus semua brand akan mengalami masalah ini untuk Laptop yang pakai Nvidia atau ATI. 
Jika anda ingin beli Laptop (budget 3k kebawah) yang tahan lebih pada 3 tahun pilih yang pakai CPU dan GPU chipset Intel chip(mandatory). 


ASPEK YANG PERLU DIAMBIL KIRA UNTUK BELI LAPTOP: 
  1. Waranty yang dibagi oleh pengeluar(tanpa perlu keluar duit):paling baik 3 tahun tapi jika dapat 2 tahun sudah bagus(hendak lebih lama (lebih bagus kalau anda hendak pakai lama) mungkin korang kena keluar duit sikit) 
  2. Spareparts (3rd party dan original) senang diperolehi. 

Conclusion
Jangan lihat pada brand (brand tak melambangkan laptop itu bagus atau tidak) jika hendak beli dan pakai lama jangan percaya kata-kata penjual(salesman) tapi kena kaji dan teliti dulu model laptop, keperluan laptop dan masalah yang dihadapi pada model tersebut.Penilitian yang aku buat untuk laptop-laptop yang dikilang pada 2006 keatas kebanyakkan di buat dengan kualiti yang rendah dari laptop yang dikilang pada 2006 kebawah.Mungkin sebab untuk kurangkan kos dan lebihkan keuntungan.Tapi jika pakai tak sampai 1 tahun atau 2 tahun dah rosak hardware ini mungkin tak dapat diterima.

Forum (boleh tanya disini) yang boleh membantu untuk korang pilih Laptop yang sesuai
http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/81174-nak-beli-laptop-nak-pendapat-nyatakan-di-sini-v1/page__st__725


Reference

[1] Laptop Reliability Study. (n.d.). SquareTrade . Retrieved December 8, 2010, from http://www.squaretrade.com/htm/pdf/SquareTrade_laptop_reliability_1109.pdf

[2] Laptop Reliability Study: Asus and Toshiba Come Out on Top. (n.d.). Gizmodo, the Gadget Guide. Retrieved December 9, 2010, from http://gizmodo.com/5406415/laptop-reliability-study-asus-and-toshiba- come-out-on-top

[3] Laptop reliability study: HP is the worst laptop . (n.d.). nkkhoo.com. Retrieved December 8, 2010, from http://www.nkkhoo.com/2010/03/16/laptop-reliability-study-hp-is-the-worst-laptop/

Masa tak mengizinkan jadi tread ni akan aku sambung bagi lengkap.

Related Posts by Categories

0 komentar:

Posting Komentar