Minggu, 12 Juni 2016

Apa nak buat kalau usb, network,firewire,serial,paralel port Laptop korang rosak.
Biasa kalau hantar kekedai, memang kena charge kurang-kurang rm100++ hingga rm200++ ATAU kalau nasib tak baik  jumpa KEDAI BROKER kena RM300 dan Kalau nasib korang memang betul-betul tak bagus (suwey) Tukang repair cakap kena tukar motherboard baru (RM500-RM700++) untuk membaiki port-port ni.

Kat bawah ni contoh, antara masalah yang dihadapi oleh rakan se-forum dengan aku:

Notebook aku ada 3 USB Port. tapi sekarang 2 dah rosak, so 1 jer tinggal. so my question, boleh ker (or ada sesapa dah buat) replace USB Port tu dengan cara buka, tuka dengan USB port lain (ambik dari USB card) then just pateri kat mobo lappy ni? kalao hantar kat HP memag diorang akan cakap kena tuka mobo baru... rasa x berbaloi la plak tuka mobo lappy semata2 USB port rosak. mahal gler tu..

Ok ini tips macamana nak selesaikan masalah ini tanpa keluar wang yang banyak:

1. Beli jer USB hub yg ada 3/6/10 port (RM10.00).



2.Beli USB pcmcia card (RM30.00++).
Kalau rasa susah nak portable bawa usb hub (malu orang tengok laptop pakai hub terjulur keluar)atau semua usb port Laptop rosak ,jadi belila USB pcmcia card (ada yang support sampai 4 usb port dan ada berbagai port) harga tak salah aku dalam rm40 kat SRI lowyat.Slotkan je kat PCMCIA slot tu.
Tapi sebelum korang beli pastikan bawa cover plastik yang dah tersedia ada kat dalam slot PCMCIA ni sebelum beli, kerana slot pcmcia untuk Laptop tak sama (biasa, kalau beli laptop baru mesti ada cover plastic tu).






Tapi kalau korang nak repair juga usb port tu (contohnya) ,memang kena buka motherboard check apa yang rosak (biasanya membabitkan beberapa parts elektronik)dan kos membaik pulih bukan murah (jika pandai repair sendiri memang murah) atau korang boleh modified sendiri port yang rosak diganti dengan external port(ini nanti aku sambung post macamana nak buat). 

Related Posts by Categories

0 komentar:

Posting Komentar