Senin, 18 April 2016




Laptop Compaq CQ40 ni ada 2 masalah:
  1. Laptop ni bermasalah GPU chipset overheating
  2. Inverter CCFL backlight LCD rosak (tak hidup)
Inverter CCFL backlight LCD ni, kebiasaanya berbentuk satu papan PCB kecil yang panjang dan biasanya terletak betul betul di bawah LCD panel korang. Fungsi inverter ialah sebagai penukar voltan 12 VDC dan menukarkannya kepada voltan tinggi.

Voltan AC yang ini di perlukan untuk menghidupkan lampu CCFL paparan belakang(backlight) yang terdapat pada LCD panel laptop korang. Dan kebiasaannya jika inverter rosak, tukang baiki akan tukar 1 papan inverter tu.


Harga pasaran untuk inverter adalah mengikut Brand dan model Laptop.kalau model yang biasa banyak dipakai dipasaran dan model tersebut ada banyak kerosakkan lain selain inverter, peluang untuk dapat ganti nverter baru adalah senang serendah rm50 tak termasuk kos upah pasang, tetapi jika model tersebut model lama atau tak ramai yang menggunakannya harganya boleh mencapai rm250.


Sebenarnya papan Inverter masih boleh dibaiki jika kerosakkanya tidak teruk.Tapi nak baiki, kena tahu tempat  dan cara yang betul, dan jika tidak kerosakkan akan makin teruk dari yang asal.



Apa yang aku tahu output voltage inverter adalah tinggi dalam 2-3kVAC tapi mempunyai arus (current) yang sangat kecil, lebih kurang dalam  micro amps uA.Inverter ini juga bekerja dalam frekuensi yang tinggi (30kHz), ini bersangkut paut dengan komponen transformer pada inverter.Komponen yang paling penting untuk inverter adalah   ferrite core transformer berbentuk gelungan lilitan wayar halus  (wayar yang sangat halus macam seurat rambut) dan mempunyai 2 bahagian primary  dan secondary.  




KOMPONEN INVERTER YANG SELALU ROSAK



  Ferrite core CCFL Transformer rosak terjadi biasanya disebabkan kerosakkan pada lilitan wayar halus terputus disebabkan kepanasan  dari transformer  semasa bekerja
Fuse blow(terbakar) biasa terjadi disebabkan menerima voltan yang tak stabil dari motherboard

ALAT TESTER


Macamana nak test CCFL dan inverter problem .Paling senang nak test inverter, guna LCD lain (pecah pun tak pe) atau ada CCFL bulb spare yang diketahui ok. Cara lain guna Inveter-CCFL tester contoh http://www.insidemylaptop.com/test-l...th-multimeter/ atau guna multimeter.

Jika berminat nak baiki  masalah Laptop masalah Backlight/inverter/CCFL, boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Sumber http://en.wikipedia.org/wiki/CCFL_inverter

Related Posts by Categories

0 komentar:

Posting Komentar