Selasa, 26 April 2016

Salam, sebelum ini aku pernah ceritakan dan huraikan masalah tentang BIOS Password cara bagaimana nak reset BIOS Password ini dengan cara Jumper point RTC CMOS klik disini .


Seperti yang telah aku ceritakan pada Post yang terdahulu sebelum ini, Sebelum ini, BIOS Password untuk Laptop Acer yang model terdahulu dapat dibuang dengan hanya mencabut sementara bateri CMOS Laptop untuk seketika (cara ini amat berjaya untuk buang Password BIOS pada motherboard PC).

Tapi untuk motherboard Laptop Acer yang  terkini, tips mencabut sementara bateri CMOS Laptop untuk seketika tidak dapat untuk reset BIOS Password yang telah disimpan dalam I.C bios motherboard laptop.


Ini kerana IC BIOS yang digunakan oleh Laptop Acer terkini menggunaka jenis I.C EEPROM yang dapat menyimpan memori walaupun tiada bekalan  voltan dari bateri CMOS.

Tapi ada tips yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebuat, kerana motherboard Acer terdapat point jumper clear CMOS yang boleh digunakan untuk reset BIOS Password



Cara Untuk Clearkan/Reset Bios Password Laptop Acer
  1. Power-Off Laptop, buka HDD, AC dan Bateri dari Laptop
  2. Buka bateri RTC dan cari lokasi jumper J1 dan J2 atau CLRP2 atau HW Gap
  3. Guna tweezer atau wayar untuk jumperkan kedua JI dan J2
  4. Power-On Laptop dengan kedua J1/J2 berkeadaan short.Tekan Power button sehingga BIOS POST selesai, buka jumper J1/J2.
  5. .Restart system Laptop.Tekan key F2 dan enter BIOS menu
  6. .Jika sudah tiada Password yang diminta semasa masuk BIOS menu setup, Password telah berjaya direset.Jika tidak cara lain adalah seperti yang aku ceritakan sebelum ini.


ACER ASPIRE 2920

ACER ASPIRE 2930

Cara ini biasanya 50%-90% untuk berjaya, dan boleh digunakan untuk model Laptop, brand yang lain, jika korang jumpa point jumper CMOS yang aku huraikan.

Cara yang lain yang 100% gerenti success,  ialah aku biasanya program balik IC Bios baru secara manual menggunakan   EEPROM Programmer .

Harap post ini membantu dan Selamat mencuba.Tapi disini aku ingin beri Amaran jangan cuba pada Laptop yang tiada mengalami masalah BIOS, dan aku tidak bertangungjawab jika Laptop korang mengalami kerosakan atau masalah selepas membuat TIPS yang aku terangkan ini.

Jika berminat nak baiki masalah password bios atau masalah bios corrupted ataupun nak beli I.C bios yang telah di program baru untuk Laptop/PC , boleh hubungi  0122411959 / Hafizam.

Related Posts by Categories

0 komentar:

Posting Komentar